Thursday, July 24, 2014

Pengalaman Temu Duga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 SPA

Hai semua..

Anda sampai di blog ini mungkin kerana anda akan ada temu duga jawatan ni kan..huhuhu..saya akan share serba sedikit pengalaman saya semasa temu duga..

Actually ini kali ke 8 saya menghadiri temu duga dengan SPA..huhuhu mesti anda terkejut  kan..masa tu memang dah rasa down sangat tapi semangat utk berjaya masih kuat..konon2 laaa

Ok taknak laa melalut panjang kat sini..lets straight to the point

Saya temu duga jawatan ni pada 19 Jun 2014 bertempat dia Pejabat Tenaga Kerja Kudat,Sabah.

Antara persiapan awal saya ialah prepare baju kurung yg sesuai dipakai masa temu duga nanti.. saya memilih baju kurung moden berwarna biru cerah.. Selain itu,saya juga belajar cara make up & hair do yg simple.. penampilan sangat penting bagi first impression panel..ingat!

Dokumen sangat penting semasa menghadiri temu duga..ini dokumen yg saya bawa:-
*Surat panggilan temu duga
*resume bergambar
*kad pengenalan,sijil lahir,sijil spm,sijil tamat persekolahan (asal&salinan)
*sijil kokurikulum (asal sahaja)
*sijil komputer (digalakkan jika ada)
*sijil2

Soalan-soalan yg ditanya semasa temu duga:
1. Ceritakan mengenai diri anda.
2. Tugas-tugas jawatan yg anda pohon.
3. Apa pekerjaan sekarang? Mengapa tidak melanjutkan pelajaran?
4. Apa itu 1Malaysia?
5. Terangkan mengapa GST akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat?
6. Tahap penguasaan anda mengenai Microsoft Office (word,powerpoint,excel) dlm skala 0-10.
7. Adakah anda bersetuju jika ditawarkan bekerja di tempat yg jauh/terpencil?
8. Ada sebarang pertanyaan atau apa2 yg ingin disampaikan?

Senang je kan..hahaha
Padahal saya pun tak confident sangat masa temu duga tu..

23 Julai 2014
Result dah keluar..surprisingly,saya berjaya..hehe :D

Labels: , , , , ,